Selamat Datang ke Terompah Spa
Kami sentiasa memberikan penekanan yang besar terhadap SOP kebersihan & keselamatan tetamu yang berkunjung.
Kami sentiasa memberikan penekanan yang besar terhadap SOP kebersihan & keselamatan tetamu yang berkunjung.
Terapi holistik kami adalah tempat untuk memperbaharui kesejahteraan tubuh bagi menepati keperluan dan keadaan khusus bagi membantu meningkatkan kesihatan dan kesegaran anda sepenuhnya. Terapi khas telah dipilih dengan teliti untuk memulihkan kesihatan anda dan ahli terapi kami yang berpengalaman sedia membantu anda.
Urutan Malaysia adalah teknik gabungan Melayu dan pelbagai etnik urutan asli, terapi ini dapat membantu meningkatkan lima deria iaitu penglihatan, bauan, suara, rasa, dan sentuhan. Terapi ini juga bertujuan untuk meremajakan, menyegarkan dan merehatkan badan.
Signature compress massage merupakan terapi gabungan bertungku dan urutan badan. Membantu meningkatkan pengaliran darah dengan lancar. Mengurangkan lenguh pada sendi, mengurangkan bengkak & kekejangan otot.
Terompah Signature Massage adalah teknik menggabungkan urutan tradisional dan moden. Membantu melancarkan pengaliran darah bermula daripada kaki sehingga bahagian kepala. Ia bertujuan untuk meremajakan, menyegarkan dan juga merehatkan badan seperti tidur selama 8 jam.
Teknik urutan Swedish dapat membantu merehatkan tubuh serta mengurangkan ketegangan otot. Urutan ini juga dapat membantu merangsangkan kembali pengaliran darah dan oksigen kepada tubuh. Selain daripada itu terapi ini juga dapat membantu meningkatkan kembali sistem imunisasi tubuh badan.
Terapi urutan di bahagian kepala , bahu dan belakang badan ini lebih memberi tumpuan kepada bahagian atas badan. Terapi ini dilakukan bagi membantu tetamu mengurangkan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah.
Terapi lulur badan yang dapat membantu membuang sel kulit mati, memudarkan parut & mengurangkan masalah bau badan.
Pupur badan amat bagus dalam membantu memberi kecerahan & mengekalkan kelembapan kulit.
Membantu meningkatkan pengaliran darah dengan lancar. Mengurangkan lenguh pada sendi, mengurangkan bengkak & kekejangan otot.
Terapi mandian wap herba adalah terapi bagi merehatkan tubuh badan ketika berada di dalam ruang terapi yang mengeluarkan wap herba dari ramuan ramuan herba yang membantu pembuangan toksin melalui peluh dengan semulajadi dan Ianya juga baik untuk melancarkan peredaran darah serta dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan setelah selesai terapi
Membantu mengurangkan "heavy menses", menstabilkan kitaran haid & melancarkan pengaliran darah, membantu mempercepatkan pemulihan luka dan mengecutkan rahim selepas bersalin, mengatasi masalah keputihan serta meredakan simptom menopause.
Rejuvenating Enzymatic Facial | Deep Cleanse Purifying Facial | Revitalising Aromatherapy Facial
Membantu memberikan manfaat khas untuk anti aging & meningkatkan kesihatan kulit.
Membantu mengembalikan kesihatan & kesegaran kulit wajah.
Lentikan bulu mata tahan sehingga 2-3 bulan
Terapi ini dapat membantu mengekalkan penjagaan kesihatan kulit kaki serta meningkatkan peredaran darah dengan langkah lulur dan pupur.
Membantu mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah, mendapatkan tidur yang lebih baik & memastikan kaki anda kuat serta lebih sihat.
Terapi ini dapat membantu mengekalkan penjagaan kecantikan dan kesihatan kuku kaki.
Terapi yang dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan peredaran darah.
Terapi ini dapat membantu mengekalkan penjagaan kecantikan dan kesihatan kuku tangan.
Terapi kulit kepala ini dapat membantu merehatkan sistem saraf. Dengan teknik tekanan yang lembut ai akan mengurangkan ketegangan, sakit kepala & mengekalkan kesihatan rambut. Antara pilihan seperti anggur, santan atau limau purut ini akan memberikan aroma yang unik serta memberikan haruman & kesegaran yang berpanjangan.
Mandian susu oren ini amat membantu mencerah & melicinkan kulit, membekalkan vitamin C, melembap serta mengatasi masalah bau badan. 20 biji buah akan digunakan didalam mandian ini.
Mandian yang menggunakan 20 kuntum bunga ros ini dapat membantu mencerah, melembapkan kulit & menaikkan seri
Mandian ini dapat membantu menyegarkan badan, melancarkan pengaliran darah, mengatasi masalah bau badan & meringankan ketegangan urat saraf & otot badan
Terapi spa adalah yang terbaik untuk mengekalkan keseimbangan badan, agar daya ketahanan tubuh tetap terjaga & membolehkan tubuh melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
Tema tradisional Malaysia dengan berkonsep Melayu klasik yang dirasai dapat mengembalikan nostagia kepada tetamu yang berkunjung ke Terompah Spa.
Bahan terapi berasaskan organik dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
No 972 Tingkat Atas Jalan Impiana 7 Lembah Impiana III 09000 Kulim Kedah Darul Aman
Mon | 10:00 am – 07:00 pm | |
Tue | 10:00 am – 07:00 pm | |
Wed | Closed | |
Thu | 10:00 am – 07:00 pm | |
Fri | 10:00 am – 07:00 pm | |
Sat | 10:00 am – 07:00 pm | |
Sun | 10:00 am – 07:00 pm |
Hubungi kami untuk info lanjut & tetapkan temujanji anda bagi mengelakkan pertindihan sesi terapi bersama tetamu yang lain.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.
Terompah Spa beroperasi di Kulim Kedah, Malaysia. Kami menyediakan pengalaman terapi spa dengan persekitaran yang bertemakan tradisional Malaysia & berkonsepkan Melayu Klasik. Terompah Spa memberi nilai perkhidmatan yang mewah kepada pelanggan yang berkunjung untuk merasai pengalaman spa yang sebenar dengan harga menarik. Terompah Spa, The Natural Beginning